Thursday, December 31, 2009

Salam Tahun Baru hijrah (1431) dan masihi (2009)

Di ke sempatan ini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru buat semua..

Marilah kita sama-sama muhasabah balik diri kita sama ada tahun yang baru yang telah meninggal kita(2009) lebih baik dari tahun2 sebelum tu,kalau sama rugilah kita kerana tak ada peningkatan dalam diri kita,dan amat2 malang lah kalau tahun yang sebelum ni lebih teruk dari tahun2 sebelumnya.semperna tahun baru ini kita cubalah merangcang apa yang terbaik untuk diri kita dan kita jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam,tahun ini lebih baik dari tahun lepas..jadi sama-samalah kita muhasabah balik..



Harapan saya untuk diri saya tahun ini

  1. saya akan buang segala keburukkan yang ada pada diri
  2. saya akan rajin2 update blog..hehehe

ni secara umum sahaja,sebagai saksi untuk saya berubah,jadi saya paparkan untuk semua..hehehe


Thursday, December 17, 2009

Post2 yang tertunda

Sebenarnya 2 minggu dah tak ada mood nak wat kerja,tahu nak tido je kerja lagi2 musim sujuk ,ni nak update blog ni pun,buat2 rajin je ni,lama sangat dah tak update blog ni sampai bersawang dah rasanya blog ni,sebenarnya banyak nak cerita tapi rasanya cerita yang nak di ceritakan macam dah lapuk je,apa2 pun saya nak kongsikan jugak la apa yang berlaku disini.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bumi Syria kehilangan lagi seorang ulamak

Banyak yang nak di kongsikan,maklum laaa dah lama tak update..bulan 10 ari tu, salah seorang tenaga pengajar dan orang kuat di jami’yat Al-fatah, dan beliau juga merupakan ulamak pakar mazhab hanafi,ada jugak yang mengatakan yang beliau adalah salah seorang waliyullah..

Salah seorang pelajar senior disini memberitahu,yang sheikh sakit sejak 6 tahun yang lalu,beliau jugak cakap,sheikh sakit urat saraf..apa2 pun yang pasti sheikh sakit tua,sumber yang saya dapat,umur beliau 90 lebih...

( ketika jenazah beliau ingin di ke tanah pekuburan)
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Pindah sokmo

Tahun ni saja 3kali dah pindah rumah,kalau nak cerita memang panjang la kenapa banyak sangat pindah,masalah utama ialah dari tuan rumah,contoh yang berlaku dekat kami,tuan rumah yang bayar bil letrik,jadi kamilah yang kena bayar kat tuan rumah semua bil,yang kami peliknya bila kira2 balik ternyata bil kami mahal dari bil rumah2 lain,bila kami mintak nak bayar sendiri tuan rumah tak bagi,tengok la berapa punya pandai tuan rumah,saya dengar cerita rumah pelajar perempuan kat sini kena macam kami jugak,tapi mereka lagi teruk,katanya utang bil dengan tuan rumah mencecah 30ribu lera(lebih kurang 2ribu setengah), macam2 la lagi peragai tuan rumah..apa pun bak kata orang2 tua belajar dari pengalaman betul tak???
Doa2 la kali ni kami boleh bertahan lama duduk kat rumah baru ni.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Raya Haji

Raya haji tahun ni tak macam tahun lepas,rasanya tahun ni agak meriah lagi pada tahun lepas,tapi daging korban tahun ni tak sebanyak tahun lepas,daging korban tahun ni cukup2 untuk buat jamuaan raya di embassy,kalau tak silap saya,tahun lepas dapat 4 ekor lembu boleh la dapat setiap sorang sekilo,Alhamdulillah tahun ni walaupun tak dapat daging dari persatuan,tapi kami serumah dapat jugak daging dari tok imam masjid yang berhampiran

Macam tahun sebelum2 ni,kalau raya haji ada jamuan hari raya anjuran MSD,PPMS,dan EMBASSY ,tahun lepas jamuan raya di adakan di rumah persatuan,tahun ni jamuan raya di embassy tempatnya agak luas berbanding rumah persatuan,dan macam tahun2 sebelum ni kalau jamuan raya pasti ada time persembahan nasyid,tapi yang special persembah nasyid tahun ni,ialah persembahan dari kumpulan nasyid yang terkenal di tanah air,iaitu kumpulan rabbani.



(bergambar bersama kumpulan rabbani)

Sepanjang raya di perantauan ni,inilah raya paling best,sebabnya raya kali ni ada yang datang melawat saya di perantauan ni,iaitu ayah angkat saya beliau merupakan pengarah ILIM(Institut Latihan Islam Malaysia),dia datang bersama dengan rombongan kumpulan rabbani,walaupun sekejap je dapat berjumpa,tapi sekurang2nya rindu kat keluarga yang berada di Malaysia terubat la sedikit sebanyak..


(bersama ayah angkat)


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
BBQ


Amni bagitahu saya,esok datang rumah kita buat BBQ, saya pun apa lagi okey je ,kebetulan kat rumah amni memang banyak pun daging,maklumlah dapat sekor kambing..

11.12.09


Esoknya lepas sembahyang asar kami apa lagi pakat2 la potong daging,ada yang tak bolehmakan kambing beli ayam,kiranya malam tu bakar ayam dengan kambing,chef dia ialah abu qutaibah dengan abang zamri..yang peliknya malam tu yang tak boleh makan kambing pun makan kambing sebabnya bau kambing dah tak ada,orang2 tak ada penyakit darah tinggi yang tak boleh makan kambing ni sebenarnya 1 sebab je sebabnya bau kambing,cuba kalau tak ada bau makan semacam je...apa pun malam tu saya puas makan dging bakar,kepada minda mujahid sory ye..hehehe..bukan apa malam tu hujan jadi yang lewat tu tak boleh la nak membakar,cumanya daging yang baki tu diaorang goreng.


(tengah mentong apa2 yang patut untuk BBQ )



(sambil2 tunggu daging siap,dan lagi brgambar..huhu)

( minda mujahid memang terbaik la bab2 membakar ni)


(daging yg dah siap,rase dia terbaik dari ladang)


p/s kepada minda mujahid,goreng tak sesedap bakar...hehehe,,sebelum lupa minda mujahid mane sup kambingnya kita???

Monday, November 9, 2009

Update ke ni??

Dah hampir sebulan tak update,banyak sebenarnya nak di kongsikan,tapi apakah daya nasib tak menyebelahi blogger asyik di block je..ni cara terbaru nak update blogger,mintak-mintak la tak kena block,apa2 pun doa kan saya supaya tak putus asa dalam menulis di alam maya..









nak berajaya mestilah berani menempuh cabaran....betul tak????

Wednesday, October 7, 2009

Beraya di Syria

Kebetulan hari ni cuti apa lagi ambik terus la peluang mengadap blog ni ha,sebenarnya tak tahu jugak nak tulis apa ni,tapi lepas melawat blog2 orang dapat la idea,emmm tengok orang dok cerita pasal raya,jadi saya pun nak cerita jugak laa pasal raya kat sini..

Raya pertama

Raya tahun ni memang terkejut jugak la,sebab ramai yang cakap raya hari isnin,tengok2 hari ahad raya,emmm apa lagi plan rosak la jadinye..

Malam raya

Saya dengan kawan2 pergi la ke masjid nak sembahyang terawih,lepas je sembahyang isya’ dengar sheikh takbir raya,alamak esok raya la,bukan apa tak sedia lagi nak raya esok,,lepas je takbir raya sheikh bagi tazkirah sikit,lepas je tazkirah kami pun bersalam-salaman,tiba2 sheikh panggil kami semua masuk ke bilik beliau..

Ya Allah punya la terkejut,ingatkan nak buat apa tadi,tengok2 sheikh tu suruh pilih jubah dengan seluar..tak tahu la kawan2 yang lain rase macam mane..tapi saya memang terkejut sangat,mane taknye,ingat esok baru nak cari jubah raya,sebab mati2 ingat isnin raya.


Tengok ni rezeki dari Allah SWT siapa yang tahu,rancang2 nak beli sehelai je,tengok2 dapat 2 helai jubah 1 seluar free pulak tu...inilah namanya rezeki dari Allah SWT..



Bilik rumah je serabut kepala tengok rumah tak kemas lagi,esok pagi nak makan kuah kacang,tapi barang2 nak buat kuah kacang tak ada lagi,emm apa lagi gunakan kepakaran mengayat kawan la nak mintak tolong,akhirnya berjaya jugak mintak tolong dari kawan beli barang2 nak buat kuah kacang..senang cerita semuanya ok berjalan dengan lancar..walaupun letih sikit la.

(nasi himpit orang orang bujang)hehehe

Walaupun sibuk dengan persiapan raya,saya tak lupa nak tepon orang tua,kul 1 pagi saya pergi kat cc nak tepon,tepon umi,umi ada kat bidor dengan adik2 semua raya kat sana,ayah tak raya kat bidor dengan umi,ayah raya kat sabah..

(ni la jubah raya yang di maksudkan)

Pagi raya

Kebiasanya budaya pelajar2 malaysia kat sini sembahyang raya kat embassy macam tahun2 sebelum ni,tapi tahun ni tak buat..




(sebelum berangkat nak ke masjid)

Pagi raya macam biasa je la,makan2 terus siap pergi masjid sembahyang raya..
Balik sembahyang apa lagi ingat nak tido la sebab mata ni macam nak pecah je rasenya,mana taknya tak tido dari semalam,kalau tido pun tido2 ayam je..baru nak tido teringat ada kaki kambing kat peti ais,dah teringat tu apa lagi cencal la nak tido,ganti dengan masak,.



(sedang sibuk memasak di pagi raya)


(inilah kaki kambing yang telah di masak)




Time pergi beraya

Dah siap masak,makan semua apa lagi tido laa..bangun tido je,siap2 nak serang rumah orang yang buat open house la pulak,3 4 buah jugaklah yang buat open house termasuk uncle azmil,uncle azmil ni orang ramai kenal dia dengan (Ali setan)..



(ni la umah unlce azmil,unlce azmil yang pakai serban tu)



Pas isya’ abang farid tepon,dia cakap,dia and the geng nak datang beraya,malam tu ramai jugaklah tetamu yang datang...




(ni la abang farid and geng bergambar dengan tuan rumah)


Raya kedua


Raya kedua pagi2 lagi saya beraya kat padang bola,hahaha,memang dah tak tahan dah nak main bola ni,maklum la bulan puasa mane sempat nak main bola..




Raya kedua macam raya sebelum2 ni la,raya kedua kami seluruh rakyat Malaysia yang ada kat Syria ni beraya di embassy,memang meriah raya tahun ni,walaupun tak seramai tahun lepas.




(housemates)



(dari kiri,syukur,faris,nafis,me,man,badrun dan ishak)

(DJ irham dan asyraf yang menyerikan majlis hari raya)





(suasana di embassy)


Makanan kat embassy memang mantop abis la,menu dia kuah kacang,lontong,nasi himpit,nasi arab,ayam goreng tepung,aiskrim dan macam2 la lagi.


(selah kiri saya chef yang masak untuk majlis open house ni)


Kalau tengok gambar kat atas nampak happy je kan,tapi tak tahulah hakikatnya macam mana raya tanpa keluarga,,kalau nak tahu test la..

Di kesempatan ini nak ucap terima kasih kat ishak,kerana telah mentaja baju melayu sepasang baru pulak tu,he3,dan jugak kepada ajk2 program hari pada tahun ni
Tengok rezeki yang tak di sangka2,ingat raya tahun ni nak pakai je baju melayu yang tahun lepas,tapi kebetulan baju melayu yang ishak tempah dari Malaysia tak padan dengan dia,jadi dia bagi la kat saya..

Bersyukur kepada Allah SWT,kepada rezeki yang telah di berikan kepada saya,saya betul2 tak sangka boleh dapat semua ni,jubah,baju melayu dan seluar..tengoklah bertapa hebatnye perancangan Allah SWT kepada hambanya...

Saturday, October 3, 2009

Kenapa mesti ada malas


Aduh ...!!!!!malasnya nak bangun pagi


Aduh...!!!!!malasnya nak keluar umah pagi2


Aduh ...!!!!malasnya nak pergi kelas


Aduh...!!!!malasnya nak buka buku


Aduh ...!!!!malasnya nak kemas2 umah


Aaah..!!kenapa malas mesti ada pada diri kita...???


Aaah..!!kenapa dalam kamus hidup kita ada perkataan malas???


Sebenarnya malas ni boleh je nak buang,tapi sebab perbuatan yang kita buat dah jadi tabiat kita...contoh:”malas nak pergi kelas”..mane tak malas nak pergi kelas,dah 2 3 bulan tak pergi kelas..pastu nak pergi kelas balik Ya Allah seksanya rasa,sebab apa jadi macam ni???sebabnya tabiat 2 3 bulan tak pergi kelas,puncanya tabiat kita la..



Kita dah tahu punca malas dari tabiat kita ,jadi apa lagi,buang je la tabiat yang tak baik tu,,o0o0o senang je cakap nak buang,ye tak ye jugak,,emmm macam ni la ni cuma pendapat je la,nak buang tabiat lama kepada tabiat baru mustahil kalau kita cakap boleh buang 100 peratus,cara dia macam ni cuba berubah dengan 10peratus,insyallah lama2 hilang tabiat yang buruk tu,tapi azam kena kuat la untuk berubah.

Emm tu adalah pandangan dari saya,kalau ada pandangan yang lain boleh la bagi kat komen...

Tengok la ni,,ni kes lama tak baca buku la ni,baru buka buku 5 minit dah K.O...Amaran keras jangan tiru aksi ni..

Tuesday, September 29, 2009

Open House Ajuran Bait Nawawi Dan Bersekutu Dengannya...

25/9/09 jumaat

Alhamdulillah kami berjaya buat open house,walaupun dalam keadaan terburu2...bukan apa minggu ni je yang kami ada,minggu depan dah stat belajar..


Pada petang khamis kitorang bincang2 apa yang patut kemudian bagi2 tugas pastu kutip duit sikit sorang.hehehe..biasa la pelajar duit bukan ada pun,apa2 pun kutib sikit sorang boleh la nak buat open house..
Open house yang kami buat ni kongsi dengan rumah abang zamri,sabab rumah saya tak cukup luas..
menu open house kami lain dari yang lain...menu kami ialah

nasi lemak
sambal bilis
ayam goreng berempah



(Ayam rempah)












(antara tetamu yang hadir)



(inilah air tangan yg menyedapkan nasi lemak..hehe)

(yang diri kat tanga tu la chef..hehehe)

Apa2 pun terima kasih la semua,kerana tolong menolong..


Mintak maaf kalau apa yang kami sediakan tak memuaskan hati..

Saturday, September 26, 2009

Selamat Kembali Belajar Sahabat2 Sekalian

Pertama2nya sory la lama tak update..nak di ikutkan hati memang nak update selalu tapi faham2 je dok sini..!!!!



Alhamdulillah...bersyukur sangat2,berkat doa sahabat2 semua,saya dan sahabat2 di sini dapat meneruskan pelajaran di sini..macam yang saya cerita sebelum2 ni,undang2 sini mudah sangat berubah..


Bersyukur kepada Allah SWT kerana saya masih di beri peluang di bumi syam ni,bukan senang nak berlajar sini macam2 ujian,kalau tak tahan silap2 saya ni balik dah malaysia,macam ni la cabaran dan ujian bagi pelajar2 agama,kalau tak tahan berhenti separuh jalan la jawapnya..



Nak cerita sikit



Sebenarnya terdetik jugak hati saya nak balik malaysia masa lepas exam,mana tak nak balik,sekolah nak kena tutup dan macam2 la lagi masalah belajar ni..tapi walau macam mana pun naluri saya kuat mengatakan yang tahili akan buka,kadanag2 macam tak caye pulak naluri saya ni betul,bila fikir2 balik nak tergelak pun ada,ingat lagi lepas exam hari tu ramai la kawan2 yang bertanya kat saya...

Yop anta nak sambung mana pas ni?

dengan spontan saya jawap
ana nak tahili la.

aik bukan tahili kena tutup ke??

entahlah ana rase macam bukak je...

lebih kuarang macam tu jawapan saya kalau ada orang tanya..


okey la nak balik umah,esok dah nak start dah kelas,jadi kena tido awal..


p/s "bersabarlah dengan setiap masalah yang menimpa kepada kita"

Tuesday, September 22, 2009

~ Selamat Hari Raya ~


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Kullu'am Wa Atum Bil Khoir






Sunday, August 23, 2009

lamenye tak update

lamanye tak update...sebenarnye memang nak update sangat2 blog ni,emm tapi tak kesampaian,satunye malas,malas nak ke cc,klau ada internet kat umah senang sikit.sebenarnye 2@3 bulan ni sibuk memajang,maklum la antara kos yang paling awal abis kat syria ni,thaili la,emmm jadi program2 yang persatuan buat kebanyakkan dari pelajar2 thaili laa.macam2 program la.bak kata orang asal ada program je muka mamat ni ada.hehehehe.tak ada la tu saya sendiri yang cakap,.
lagu satu punca malas nak update,sbb pendriver,banyang la dalafm masa sebulan 2 pendriver rosak+hilang,sampai dah tak ada mood nak update ,mne nak ada moodnye dalam tu dah ada bahan2 nak mausuk kat blog ni,aleh2 tak boleh gune emmm sabar je la,dah tak ada rezeki nak wat mcm mne..ni nak wat syarat je update blogger

Thursday, June 25, 2009

Siapa yang patut di persalahkan????

Aduh..!!! baru boleh masuk blog ni..agak lame jugak la nak boleh masuk ni,lama jugak rasenye tak update blog ni,sebenarnye tak ada niat pun nak update blog hari ni,ingat nak update esok sebab esok cuti,ni smua sebab pak guard.!!!





Pagi tadi lepas je usrah dengan adik-beradik satu umah,saya ke cc sekejap sebab ada hal penting nak antar email kat ayah,pastu siap2 la nak ke kelas musim panas (wat2 rajin je ni),perjalanan nak pergi kelas tu lebih kurang setengah km kira boleh tahan jauh la 2,tambah pulak musim panas ni cepat terasa penat..






(bangunan yang besar itulah tempat kelas musim panas)



masuk je sekolah tu tiba2 pak guard panggil,dia cakap saya lewat 5minit ja,jadi saya tak boleh masuk kelas,saya cakap mintak maaf la sebab lewat sebab tadi ada hal,dia boleh pulak marah2,mane tak tension saya penat2 berjalan nak ke kelas kena macam ni,dah la nak tunggu rajin macam ni punye la payah..hehehe (pengakuan ikhlas ni)



inilah arab kalau dia cakap A A la,jangan la nak bantah,emm kalau nak ikutkan hati,pak guard yang kepala botak tengah tu nak je saya duku bia berapi,hehehe..tak adalah gurau je..tapi memang letih la kalau kena macam ni...

( kat bilik tu la aku kena marah)




apa2 pun bila fikir balik semuanye salah saya,sape suruh tak pergi awal2,kalau datang awalkan tak jadi masalah...




p/s walau apa2 pun yang terjadi jangan salahkan orang lain salahkan diri kita dulu.betul tak???

Saturday, June 13, 2009

Emm ni time musim exam

Emm hari tak berhajat pun nak menulis,cumenye nak update blog je..jadi ni la gambar2 aku time musim exam..ni la tempat aku dan rakan2 seperjuangan berhempas pulas,memerah otak untuk menjawap soalan yang di berikan...






















(Aku dan Ronney Man U)





(ni kelas aku)



cop2,pengakuan ikhlas dari aku,kalau aku tido dalam kelas,mesti aku kena denda dok sebelah mamat pakai baju hitam ni,tempat duduk aku sebenarnye kat belakang sekali,sebab tu mudah sangat nak tido..

ini je la gambar2 yang mampu aku upload,bukan apa,macam aku cakaplah kat sini payah sangat nak update2 ni..

Tuesday, June 9, 2009

Pening dengan Syria

Syria...!!!!Pening aku dia buatnye..emm mane tak pening sekejap cakap sekolah nak tutup,tiba2 dengar nak bukak balik..aduhai mena satu yang betul ni..bukak ke tutup.. ????????







inilah syria pening orang di buatnye,,kalau nak tahu syria memang macam ni,hari ni cakap macam ni,esok cakap lain pulak..undang2 syria boleh tukar dalam masa sehari..huhuhuhu...pening2






pening2 jugak,tapi berita baik la sekolah nak bukak balik..syukur alhamdulillah..emm tapi tak pasti lagi la sama ada sekolah bukak bilik atau tak,sebab Samer cakap tak pasti lagi..klau bukak pun kelas 2 dengan kelas 3 je...emm apa2 kita tunggu dan lihat..jangan lupa doakan hafiz supaya boleh belajar di bumi syam ini..



mujamak sheikh ahmad kiftaro

Saturday, May 30, 2009

Abu nor oh Abu nor

Abu nor ialah sebuah sekolah,name penuh Mujammak syeikh Ahmad kiftaro,tahun bila tubuh tu tak tahu la,yang pastinye pengasas dia ialah syeikh Ahmad kiftaro dia dah meninggal dah,pakcik sempat berjumpa dengan syeikh Ahmad kiftaro katanya time tu musim sekolah dah nak bermula,dia cakap sekolah terpaksa ditangguhkan oleh kerana pemergiaan beliau,klau tak silap dalam seminggu jugak la berkabung,kalau nak tahu lebih lanjut tnye la pakcik sebab dia lama dah di syria...

Oh Abu Nor sayangnya tahun inilah tahun terakhir dia menerima pelajar asing..aku adalah salah seorang pelajar yang di terima pada tahun ni syukur alhamdulillah,emmm tapi yang sedihnye tahun ni jugaklah aku dan sahabat2 yang lain terpaksa keluar dari sekolah selepas exam..

Di Abu Nor aku pelajar Ma'ahad tahili,aku merupakan pelajar tahun 2..Ma'ahad tahili cuma ada 3 tahun,aku alhamdulillah time temuduga dapat masuk kelas 2,cepat sikit abis.

Selama 3 bulan kot aku belajar di Abu Nor macam2 dah dengar Ma'ahad-Ma'ahad lain kena tutup,termasuk jugak Ma'ahad Fatah,Ma'ahad Fatah ni tempat kawan aku belajar Syukur dan Badrun (dorang datang sekali gan aku) mula dengar berita kesian la baru belajar dah kena buang,yang peliknye Abu Nor tak kena pun tutup,ye la katanye Abu Nor ni istimewa sikit,bersyukur la sebab masih boleh belajar,tak apa la aku belajar la macm biasa,kadang2 malas jugak nak ke sekolah lagi2 time musim sejuk,hehehe,,emmm tiba2 bila dah dekat nak exam akhir tahun ustaz cakap tahun depan ta'hili tutup,huhuhu mula2 tak caye tapi bila dah dekat seminggu rasenye Samer bagitahu Ta'hili 90peratus kene tutup,apa lagi mula la fikir baik tak payah exam,wat apa ambik exam sekolah kena tutup,Nafis (dia datang sekali gan aku dan belajar pun sekali tapi kelas lain2) dia cakap yop ambik la,klau result ok boleh masuk kuliah,aku tak harap result aku boleh tinggi tak apalah ambik je la,walaupun hati dah berat hati nak ambik exam,cakap dalam hati ambik je la....



Abis exam je macam biasa la ambik tunggu ambik result je la..bila time ambik result tiba2 samer cakap kuliah tahun depan tak boleh nak musuk dah,emm memamg syria ni nak halau pelajar2 agama...Abu Nor oh Abu Nor emmm hanya tinggal kenanggan.emm sedih ooo nak belajar tapi kena macam ni,,

Ya Allah bantulah aku dan sahabat2 aku yang berada dalam kesusahan untuk mencari ilmu agama mu Ya Allah.....Amin

Thursday, May 28, 2009

Keputusan Exam Aku..???

Dah semingu lebih aku abis exam,macam2 lah dugaan yang aku dan sahabat2 tempuhi waktu musim exam aku hari tu..jadi hari ini lah aku nak tahu setakat mana usaha aku selama 2 minggu exam,aku dah boleh agak keputusan aku macam mana,aku rase la tak lulus ini,tapi tak apa la belum tengok belum tahu,memang patut la aku rasa2 aku tak lulus,ye la time exam hari itu aku banyak jugak la yang tak jawap,banyaklah sebab salah satunye malas nak study (pengakuaan ikhlas) dan lagi satu,emmm memang sedihlah,sekolah aku kena tutup tahun depan,jadi aku fikir baik tak payah exam,,ikut hati aku memang malas nak ambik exam ini,tapi atas nasihat kawan2 aku teruskanlah perjuangan walaupun tak semangat..

Pada hari ni sebenarnye malas la nak pergi ambik keputusan,ye la dahlah letih main bola pastu semalam tido lewat sebab tengok bola.



ooo ye semalam memamg best la aku tengok bola,mana taknye man u kalah.hahahahah,puas hati aku semalam bila tengok man u kalah,nasib baiklah time tu mujahid tak dok sebelah aku klau tak pecah la gegendang telinga dia hehehe..kalau nak tahu kebanyakkan orang arab peminat messi,macam diorang puji messi..aku pun minat jugak,





ronaldo tak payah cakap la aku memang hot sangat dengan dia,berlagak macam2 la lagi..huhuhu.




tadi iklan je..tak apa la penat pun penat la yang penting aku kena pergi ambik jugak keputusan,sampai je kat sekolah apa lagi kepala dah fikir bukan2,tak apa la aku pun terus masuk pejabat mintak keputusan dengan samer iaitu muajeh (lebih kurang warden la )aku,sekali dia bagi kertas kat aku,terkejut jugak tengok alhamdulillah la lulus,aku mati2 ingat tak lulus,ye la macm aku cerita kat atas tadi memang ada gaya la tak lulus tapi itulah kita manusia apalah sangat,Allah yang merangcang untuk hamba2nye.

Aku Dan Blogger

Sebenarnya minggu ni aku tak tahu nak wat apa,maklum la baru sudah abis exam ,jadi aku ambik keputusan,wat menda ni laaa..hehehe...sebenarnye aku penah buat dah blog sebelum ni,tapi entah macam mana terpadam..emmm kat sini( syria )payah sikit nak update blog,salah satunye sebab internet sini lembab sangat2..banyak lagi la faktor2 yang memayahkan untuk aku dan penulis2 blogger kat syria ni nak update blog..apa2 pun ini cabaran untuk berjaya.hahaha..aku tak tahu lagi setakat mana blog aku mampu bertahan,doa2 la ye biar ianya mampu bertahan lama...akhir sekali terima kasih la klau datang singah kat blog ni...hahah