Thursday, January 21, 2010

Man asyakot bidayah asyakot nihayah

Salam hampir 3 minggu saya tak update blog ni,sebenarnya baru je abis exam,tu yang baru update,exam start sampai 13hb baru ni,,hampir 3minggu jugak la exam,tapi exam kali ni memang agak kecewa jugak la,,saya dah dapat agak dah keputusan memang tak memuaskan..


Sebenarnya exam kali ni betul2 menguji keimanan saya sebagai hamba Allah yang lemah,selama 3 minggu exam,minggu pertama Alhamdulillah berjalan dengan lancar,tapi tiba minggu kedua Allah telah menguji diri ini,badan mula sakit2 paling ketara kepala la,memang nak wat apa2 pun tak boleh,gerak kepala sikit pun tak boleh,sakit dia Allah saja la yang tahu, memang sakit yang teramat2, hampir seminggu jugaklah saya kuatkan diri untuk pergi jugak ke dewan exam, tapi pergi sekadar tulis nama je,, jawapan langsung tak ada, macam mana nak ada kalau buku langsung tak baca dan bukak, kalau nak kata payah tak pun tapi memang tak larat langsung nak semak pelajaran sebelum exam, ada sehari tu rasa kepala ni mcm dah ok la,,pastu apa lagi nak baca buku la untuk persedia esok, baca2 buku teringat nak tepon kawan,tepon2 tanya la dah baca buku ke subjek sekian2, dia tanya subjek tu ke exam esok dengan selamba saya jawap ye la,pastu dia suruh saya tengok jadual balik,ya Allah rupanya saya salah baca buku rupanya,tengoklah nak ceritanya kepala yang kononye dah ok, tengok jadual pun salah...



Di Sini saya sikit pun tak nak mintak simpati, tapi cuma nak kaitkan dengan tajuk dia atas maksudnya berbunyi “sesiapa yang bermula dengan terang (baik) akhirnya pun akan terang” ni adalah kata2 ibnu `atoillah di dalam kitab hikam (ala kitab yang mas azzam baca dalam kcb 2 tu), kat sini saya nak datangkan persoalan,,kalau permulaan itu dengan ujian penyudahnya macam mana???




Kalau dari saya sendiri,saya sendiri pun tak tahu nak jawap macam mana,yang dapat saya simpulkan kat sini,kalau bermula awal tahun ni dengan ujian macam ni rupa,rasanya akan datang banyak lagi ujian2 yang akan saya tempuhi selepas ni,doalah untuk saya supaya dapat menempuh ujian yang akan mendatang..kat sini marilah kita sama2 merenung firman Allah SWT..


“ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya . (mereka berdoa), Ya tuhan kami janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan, Ya tuhan kami,janganlah engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami. Ya Tuhan kami,janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.maafkanlah kami. engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang2 kafir”

Surah Al-baqarah ayat 286


Sekarang cuti seminggu semperna abis exam,patutnya dapat cuti bestlakan tapi saya tak rasa macam tu, kepala ni dok asyik fikir je tahun ni dapat tak abis diploma saya ni, kalau tak kena ulang tahun la jawapannya, bulan 5 ni ada sekali lagi exam, ni la peluang terakhir saya untuk menamatkan diploma, tapi dengan syarat exam sekali lagi semua subjek saya kena ambik markah penuh, tapi ni boleh katakan amat payah la nak dapat markah penuh semua subjek, jadi doa la untuk saya supaya dapat melakukan pekara yang ajaib ni..




P/s: samalah kita bersiap sedia dengan ujian yang akan menimpa kita,Allah dah berjanji yang dia akan menguji hamba2 dia yang beriman....

sakit yang menimpa ini adalah kafarah dosa yang lalu,mungkin ini hikmah dengan azam baru...