Thursday, December 31, 2009

Salam Tahun Baru hijrah (1431) dan masihi (2009)

Di ke sempatan ini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru buat semua..

Marilah kita sama-sama muhasabah balik diri kita sama ada tahun yang baru yang telah meninggal kita(2009) lebih baik dari tahun2 sebelum tu,kalau sama rugilah kita kerana tak ada peningkatan dalam diri kita,dan amat2 malang lah kalau tahun yang sebelum ni lebih teruk dari tahun2 sebelumnya.semperna tahun baru ini kita cubalah merangcang apa yang terbaik untuk diri kita dan kita jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam,tahun ini lebih baik dari tahun lepas..jadi sama-samalah kita muhasabah balik..



Harapan saya untuk diri saya tahun ini

  1. saya akan buang segala keburukkan yang ada pada diri
  2. saya akan rajin2 update blog..hehehe

ni secara umum sahaja,sebagai saksi untuk saya berubah,jadi saya paparkan untuk semua..hehehe


Thursday, December 17, 2009

Post2 yang tertunda

Sebenarnya 2 minggu dah tak ada mood nak wat kerja,tahu nak tido je kerja lagi2 musim sujuk ,ni nak update blog ni pun,buat2 rajin je ni,lama sangat dah tak update blog ni sampai bersawang dah rasanya blog ni,sebenarnya banyak nak cerita tapi rasanya cerita yang nak di ceritakan macam dah lapuk je,apa2 pun saya nak kongsikan jugak la apa yang berlaku disini.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bumi Syria kehilangan lagi seorang ulamak

Banyak yang nak di kongsikan,maklum laaa dah lama tak update..bulan 10 ari tu, salah seorang tenaga pengajar dan orang kuat di jami’yat Al-fatah, dan beliau juga merupakan ulamak pakar mazhab hanafi,ada jugak yang mengatakan yang beliau adalah salah seorang waliyullah..

Salah seorang pelajar senior disini memberitahu,yang sheikh sakit sejak 6 tahun yang lalu,beliau jugak cakap,sheikh sakit urat saraf..apa2 pun yang pasti sheikh sakit tua,sumber yang saya dapat,umur beliau 90 lebih...

( ketika jenazah beliau ingin di ke tanah pekuburan)
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Pindah sokmo

Tahun ni saja 3kali dah pindah rumah,kalau nak cerita memang panjang la kenapa banyak sangat pindah,masalah utama ialah dari tuan rumah,contoh yang berlaku dekat kami,tuan rumah yang bayar bil letrik,jadi kamilah yang kena bayar kat tuan rumah semua bil,yang kami peliknya bila kira2 balik ternyata bil kami mahal dari bil rumah2 lain,bila kami mintak nak bayar sendiri tuan rumah tak bagi,tengok la berapa punya pandai tuan rumah,saya dengar cerita rumah pelajar perempuan kat sini kena macam kami jugak,tapi mereka lagi teruk,katanya utang bil dengan tuan rumah mencecah 30ribu lera(lebih kurang 2ribu setengah), macam2 la lagi peragai tuan rumah..apa pun bak kata orang2 tua belajar dari pengalaman betul tak???
Doa2 la kali ni kami boleh bertahan lama duduk kat rumah baru ni.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Raya Haji

Raya haji tahun ni tak macam tahun lepas,rasanya tahun ni agak meriah lagi pada tahun lepas,tapi daging korban tahun ni tak sebanyak tahun lepas,daging korban tahun ni cukup2 untuk buat jamuaan raya di embassy,kalau tak silap saya,tahun lepas dapat 4 ekor lembu boleh la dapat setiap sorang sekilo,Alhamdulillah tahun ni walaupun tak dapat daging dari persatuan,tapi kami serumah dapat jugak daging dari tok imam masjid yang berhampiran

Macam tahun sebelum2 ni,kalau raya haji ada jamuan hari raya anjuran MSD,PPMS,dan EMBASSY ,tahun lepas jamuan raya di adakan di rumah persatuan,tahun ni jamuan raya di embassy tempatnya agak luas berbanding rumah persatuan,dan macam tahun2 sebelum ni kalau jamuan raya pasti ada time persembahan nasyid,tapi yang special persembah nasyid tahun ni,ialah persembahan dari kumpulan nasyid yang terkenal di tanah air,iaitu kumpulan rabbani.



(bergambar bersama kumpulan rabbani)

Sepanjang raya di perantauan ni,inilah raya paling best,sebabnya raya kali ni ada yang datang melawat saya di perantauan ni,iaitu ayah angkat saya beliau merupakan pengarah ILIM(Institut Latihan Islam Malaysia),dia datang bersama dengan rombongan kumpulan rabbani,walaupun sekejap je dapat berjumpa,tapi sekurang2nya rindu kat keluarga yang berada di Malaysia terubat la sedikit sebanyak..


(bersama ayah angkat)


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
BBQ


Amni bagitahu saya,esok datang rumah kita buat BBQ, saya pun apa lagi okey je ,kebetulan kat rumah amni memang banyak pun daging,maklumlah dapat sekor kambing..

11.12.09


Esoknya lepas sembahyang asar kami apa lagi pakat2 la potong daging,ada yang tak bolehmakan kambing beli ayam,kiranya malam tu bakar ayam dengan kambing,chef dia ialah abu qutaibah dengan abang zamri..yang peliknya malam tu yang tak boleh makan kambing pun makan kambing sebabnya bau kambing dah tak ada,orang2 tak ada penyakit darah tinggi yang tak boleh makan kambing ni sebenarnya 1 sebab je sebabnya bau kambing,cuba kalau tak ada bau makan semacam je...apa pun malam tu saya puas makan dging bakar,kepada minda mujahid sory ye..hehehe..bukan apa malam tu hujan jadi yang lewat tu tak boleh la nak membakar,cumanya daging yang baki tu diaorang goreng.


(tengah mentong apa2 yang patut untuk BBQ )



(sambil2 tunggu daging siap,dan lagi brgambar..huhu)

( minda mujahid memang terbaik la bab2 membakar ni)


(daging yg dah siap,rase dia terbaik dari ladang)


p/s kepada minda mujahid,goreng tak sesedap bakar...hehehe,,sebelum lupa minda mujahid mane sup kambingnya kita???