Wednesday, April 28, 2010

Aku sesat kat mane ni..????

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah hampir 4 bulan rasenya tak menjengok blog saya ni..abis macam2 dah yang ada kat blog ni sawang,lalang,kutu pijat dan macam2 laa,.kalau macam ni la keadaanya boleh sesat saya dibuatnya..tajuk nak gempak je kan ????

ni memang nak bagi alasan sebab tak update..3,4 bulan sebelum ni,saya bersembang dengan abg pijo pasal dunia blog ni,,sembang dengan beliau akhirnya saya dapat kesimpulan apa sebenarnya tujuaan kita sebagai mahasisiwa islam menulis blog ni,,beliau jugak ada cakap kita kena betulkan niat kita,terus terang saya cakap masa sembang dengan beliau saya rase sangat bersalah dengan diri saya terutama bab niat buat blog ni,akhirnya saya ambil keputuasan untuk meningalkan blog untuk sementara waktu, sebelum niat saya tersesat jauh entah kemana.

Kat sini cuma nak bagi tahu yang saya sedang belajar untuk membuat artikel dakwah dan macam lagi bentuk penulisan.dengan abg2 yang mahir dalam bidang penulisan ni,,kepada abg pijo saya mintak maaf kerana tertangguh kerja yang telah di berikan..

Dan untuk terakhirnya hari ahad ni saya akan menempuhi final exam walaupun saya dah tahu ianya tak mengizinkan saya untuk menamatkan diploma saya pada tahun ni,yang pasti saya tetap akan tempuhinya,jangan menyerah kalah walaupun dah tahu kalah.hehehe. Allah SWT pasti akan memberi ganjaran walaupun ianya sedikit di pandangan manusia..

Doakan saya dan sahabat2 saya yang lain boleh menjawap exam dengan tenang.




"Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!"

Surah Az-Zalzalah..ayat 6,7,8





Kepada sesiapa yang akan exam dan yang tengah exam, saya ingin mengucapkan selamat menempuhinya...
good luck semua !!!!