Wednesday, October 7, 2009

Beraya di Syria

Kebetulan hari ni cuti apa lagi ambik terus la peluang mengadap blog ni ha,sebenarnya tak tahu jugak nak tulis apa ni,tapi lepas melawat blog2 orang dapat la idea,emmm tengok orang dok cerita pasal raya,jadi saya pun nak cerita jugak laa pasal raya kat sini..

Raya pertama

Raya tahun ni memang terkejut jugak la,sebab ramai yang cakap raya hari isnin,tengok2 hari ahad raya,emmm apa lagi plan rosak la jadinye..

Malam raya

Saya dengan kawan2 pergi la ke masjid nak sembahyang terawih,lepas je sembahyang isya’ dengar sheikh takbir raya,alamak esok raya la,bukan apa tak sedia lagi nak raya esok,,lepas je takbir raya sheikh bagi tazkirah sikit,lepas je tazkirah kami pun bersalam-salaman,tiba2 sheikh panggil kami semua masuk ke bilik beliau..

Ya Allah punya la terkejut,ingatkan nak buat apa tadi,tengok2 sheikh tu suruh pilih jubah dengan seluar..tak tahu la kawan2 yang lain rase macam mane..tapi saya memang terkejut sangat,mane taknye,ingat esok baru nak cari jubah raya,sebab mati2 ingat isnin raya.


Tengok ni rezeki dari Allah SWT siapa yang tahu,rancang2 nak beli sehelai je,tengok2 dapat 2 helai jubah 1 seluar free pulak tu...inilah namanya rezeki dari Allah SWT..



Bilik rumah je serabut kepala tengok rumah tak kemas lagi,esok pagi nak makan kuah kacang,tapi barang2 nak buat kuah kacang tak ada lagi,emm apa lagi gunakan kepakaran mengayat kawan la nak mintak tolong,akhirnya berjaya jugak mintak tolong dari kawan beli barang2 nak buat kuah kacang..senang cerita semuanya ok berjalan dengan lancar..walaupun letih sikit la.

(nasi himpit orang orang bujang)hehehe

Walaupun sibuk dengan persiapan raya,saya tak lupa nak tepon orang tua,kul 1 pagi saya pergi kat cc nak tepon,tepon umi,umi ada kat bidor dengan adik2 semua raya kat sana,ayah tak raya kat bidor dengan umi,ayah raya kat sabah..

(ni la jubah raya yang di maksudkan)

Pagi raya

Kebiasanya budaya pelajar2 malaysia kat sini sembahyang raya kat embassy macam tahun2 sebelum ni,tapi tahun ni tak buat..




(sebelum berangkat nak ke masjid)

Pagi raya macam biasa je la,makan2 terus siap pergi masjid sembahyang raya..
Balik sembahyang apa lagi ingat nak tido la sebab mata ni macam nak pecah je rasenya,mana taknya tak tido dari semalam,kalau tido pun tido2 ayam je..baru nak tido teringat ada kaki kambing kat peti ais,dah teringat tu apa lagi cencal la nak tido,ganti dengan masak,.



(sedang sibuk memasak di pagi raya)


(inilah kaki kambing yang telah di masak)




Time pergi beraya

Dah siap masak,makan semua apa lagi tido laa..bangun tido je,siap2 nak serang rumah orang yang buat open house la pulak,3 4 buah jugaklah yang buat open house termasuk uncle azmil,uncle azmil ni orang ramai kenal dia dengan (Ali setan)..



(ni la umah unlce azmil,unlce azmil yang pakai serban tu)



Pas isya’ abang farid tepon,dia cakap,dia and the geng nak datang beraya,malam tu ramai jugaklah tetamu yang datang...




(ni la abang farid and geng bergambar dengan tuan rumah)


Raya kedua


Raya kedua pagi2 lagi saya beraya kat padang bola,hahaha,memang dah tak tahan dah nak main bola ni,maklum la bulan puasa mane sempat nak main bola..




Raya kedua macam raya sebelum2 ni la,raya kedua kami seluruh rakyat Malaysia yang ada kat Syria ni beraya di embassy,memang meriah raya tahun ni,walaupun tak seramai tahun lepas.




(housemates)



(dari kiri,syukur,faris,nafis,me,man,badrun dan ishak)

(DJ irham dan asyraf yang menyerikan majlis hari raya)





(suasana di embassy)


Makanan kat embassy memang mantop abis la,menu dia kuah kacang,lontong,nasi himpit,nasi arab,ayam goreng tepung,aiskrim dan macam2 la lagi.


(selah kiri saya chef yang masak untuk majlis open house ni)


Kalau tengok gambar kat atas nampak happy je kan,tapi tak tahulah hakikatnya macam mana raya tanpa keluarga,,kalau nak tahu test la..

Di kesempatan ini nak ucap terima kasih kat ishak,kerana telah mentaja baju melayu sepasang baru pulak tu,he3,dan jugak kepada ajk2 program hari pada tahun ni
Tengok rezeki yang tak di sangka2,ingat raya tahun ni nak pakai je baju melayu yang tahun lepas,tapi kebetulan baju melayu yang ishak tempah dari Malaysia tak padan dengan dia,jadi dia bagi la kat saya..

Bersyukur kepada Allah SWT,kepada rezeki yang telah di berikan kepada saya,saya betul2 tak sangka boleh dapat semua ni,jubah,baju melayu dan seluar..tengoklah bertapa hebatnye perancangan Allah SWT kepada hambanya...

2 comments:

  1. alahai, sian dia , pagi raya baru nak masak..nasib baik kaki kambing ada, (favourite pakcik Atip tu!!)

    Hafiz nanti kirim salam pada Ustaz Azmil ye! Hehehe....

    ReplyDelete