Tuesday, March 6, 2012

DI RASUK HANTU PHOTOSHOP

Alhamdulillah aku sampai ke bangi dengan selamat, setelah hampir seminggu berada di ipoh, kami ke ipoh sebab ada majlis kawen sepupu aku, jadi kami sedara mara datang la apa yang patut, syukur majlis berjalan dengan lancar...

Back to the topic, sebelum maghrib tadi, tiba2 je terasa nak edit2 gambar, entah la ni sebab tengok mat2 kemera yang bertaraf pro lawa je gambar dia bila lepas edit, aku pun terase nak edit gambar jugak la, ye la yang pro2 ni pun bukan terus pro, dia pun ambik masa jugak nk jadi pro kn kn, dorang boleh aku pun boleh jugak...

Terima kasih tak terhingga kepada YOUTUBE, merangkap guru aku pada hari ni, baik dari download softwarenye sampailah ngajar aku cara edit2 gambar ni. aku mengadap laptop aku ni dari maghrib sampaila sekarang kul 2.26 AM.... inilah hasilnya...








Wednesday, February 29, 2012

Terima Kasih

Ribuan terima kasih buat sahabat2 yang telah mengewish (malay+english) besday.



Alhamdulillah Semalam genap la umur aku 23 tahun..wah makin tua dah rupanye, tapi kena ingat sebenarnya aku dah semakin hampir nak mati, jadi kenalah banyak lakukan amal ibadat, supaya mendapat rahmat dari Allah SWT..


Nak tahu semalam jugak hari lahir mawi dgn ekin, tahun depan kalau mawi buat majlis sambutan hari lahir anak dia boleh la aku tumpang. jadi sahabat2 nak aku wat majlis pergi je la umah mawi tahun depan aku dah kautim dah gn mawi..hahahaha

Ok la, nak siap2 nak balik kampung, ada kenduri kawen, doa2 la aku punya kenduri kat situ nanti tahun bila aku pun xtahu..


Orang pertama mengewish dia bg gambar ni

Thursday, February 23, 2012

Wednesday, June 22, 2011

Insyallah Akan Kembali Beraksi

Mode: Mahu Kembali Menulis...!!!







Wednesday, April 28, 2010

Aku sesat kat mane ni..????

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah hampir 4 bulan rasenya tak menjengok blog saya ni..abis macam2 dah yang ada kat blog ni sawang,lalang,kutu pijat dan macam2 laa,.kalau macam ni la keadaanya boleh sesat saya dibuatnya..tajuk nak gempak je kan ????

ni memang nak bagi alasan sebab tak update..3,4 bulan sebelum ni,saya bersembang dengan abg pijo pasal dunia blog ni,,sembang dengan beliau akhirnya saya dapat kesimpulan apa sebenarnya tujuaan kita sebagai mahasisiwa islam menulis blog ni,,beliau jugak ada cakap kita kena betulkan niat kita,terus terang saya cakap masa sembang dengan beliau saya rase sangat bersalah dengan diri saya terutama bab niat buat blog ni,akhirnya saya ambil keputuasan untuk meningalkan blog untuk sementara waktu, sebelum niat saya tersesat jauh entah kemana.

Kat sini cuma nak bagi tahu yang saya sedang belajar untuk membuat artikel dakwah dan macam lagi bentuk penulisan.dengan abg2 yang mahir dalam bidang penulisan ni,,kepada abg pijo saya mintak maaf kerana tertangguh kerja yang telah di berikan..

Dan untuk terakhirnya hari ahad ni saya akan menempuhi final exam walaupun saya dah tahu ianya tak mengizinkan saya untuk menamatkan diploma saya pada tahun ni,yang pasti saya tetap akan tempuhinya,jangan menyerah kalah walaupun dah tahu kalah.hehehe. Allah SWT pasti akan memberi ganjaran walaupun ianya sedikit di pandangan manusia..

Doakan saya dan sahabat2 saya yang lain boleh menjawap exam dengan tenang.




"Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!"

Surah Az-Zalzalah..ayat 6,7,8





Kepada sesiapa yang akan exam dan yang tengah exam, saya ingin mengucapkan selamat menempuhinya...
good luck semua !!!!






Thursday, January 21, 2010

Man asyakot bidayah asyakot nihayah

Salam hampir 3 minggu saya tak update blog ni,sebenarnya baru je abis exam,tu yang baru update,exam start sampai 13hb baru ni,,hampir 3minggu jugak la exam,tapi exam kali ni memang agak kecewa jugak la,,saya dah dapat agak dah keputusan memang tak memuaskan..


Sebenarnya exam kali ni betul2 menguji keimanan saya sebagai hamba Allah yang lemah,selama 3 minggu exam,minggu pertama Alhamdulillah berjalan dengan lancar,tapi tiba minggu kedua Allah telah menguji diri ini,badan mula sakit2 paling ketara kepala la,memang nak wat apa2 pun tak boleh,gerak kepala sikit pun tak boleh,sakit dia Allah saja la yang tahu, memang sakit yang teramat2, hampir seminggu jugaklah saya kuatkan diri untuk pergi jugak ke dewan exam, tapi pergi sekadar tulis nama je,, jawapan langsung tak ada, macam mana nak ada kalau buku langsung tak baca dan bukak, kalau nak kata payah tak pun tapi memang tak larat langsung nak semak pelajaran sebelum exam, ada sehari tu rasa kepala ni mcm dah ok la,,pastu apa lagi nak baca buku la untuk persedia esok, baca2 buku teringat nak tepon kawan,tepon2 tanya la dah baca buku ke subjek sekian2, dia tanya subjek tu ke exam esok dengan selamba saya jawap ye la,pastu dia suruh saya tengok jadual balik,ya Allah rupanya saya salah baca buku rupanya,tengoklah nak ceritanya kepala yang kononye dah ok, tengok jadual pun salah...



Di Sini saya sikit pun tak nak mintak simpati, tapi cuma nak kaitkan dengan tajuk dia atas maksudnya berbunyi “sesiapa yang bermula dengan terang (baik) akhirnya pun akan terang” ni adalah kata2 ibnu `atoillah di dalam kitab hikam (ala kitab yang mas azzam baca dalam kcb 2 tu), kat sini saya nak datangkan persoalan,,kalau permulaan itu dengan ujian penyudahnya macam mana???




Kalau dari saya sendiri,saya sendiri pun tak tahu nak jawap macam mana,yang dapat saya simpulkan kat sini,kalau bermula awal tahun ni dengan ujian macam ni rupa,rasanya akan datang banyak lagi ujian2 yang akan saya tempuhi selepas ni,doalah untuk saya supaya dapat menempuh ujian yang akan mendatang..kat sini marilah kita sama2 merenung firman Allah SWT..


“ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya . (mereka berdoa), Ya tuhan kami janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan, Ya tuhan kami,janganlah engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami. Ya Tuhan kami,janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.maafkanlah kami. engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang2 kafir”

Surah Al-baqarah ayat 286


Sekarang cuti seminggu semperna abis exam,patutnya dapat cuti bestlakan tapi saya tak rasa macam tu, kepala ni dok asyik fikir je tahun ni dapat tak abis diploma saya ni, kalau tak kena ulang tahun la jawapannya, bulan 5 ni ada sekali lagi exam, ni la peluang terakhir saya untuk menamatkan diploma, tapi dengan syarat exam sekali lagi semua subjek saya kena ambik markah penuh, tapi ni boleh katakan amat payah la nak dapat markah penuh semua subjek, jadi doa la untuk saya supaya dapat melakukan pekara yang ajaib ni..




P/s: samalah kita bersiap sedia dengan ujian yang akan menimpa kita,Allah dah berjanji yang dia akan menguji hamba2 dia yang beriman....

sakit yang menimpa ini adalah kafarah dosa yang lalu,mungkin ini hikmah dengan azam baru...

Thursday, December 31, 2009

Salam Tahun Baru hijrah (1431) dan masihi (2009)

Di ke sempatan ini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru buat semua..

Marilah kita sama-sama muhasabah balik diri kita sama ada tahun yang baru yang telah meninggal kita(2009) lebih baik dari tahun2 sebelum tu,kalau sama rugilah kita kerana tak ada peningkatan dalam diri kita,dan amat2 malang lah kalau tahun yang sebelum ni lebih teruk dari tahun2 sebelumnya.semperna tahun baru ini kita cubalah merangcang apa yang terbaik untuk diri kita dan kita jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam,tahun ini lebih baik dari tahun lepas..jadi sama-samalah kita muhasabah balik..



Harapan saya untuk diri saya tahun ini

  1. saya akan buang segala keburukkan yang ada pada diri
  2. saya akan rajin2 update blog..hehehe

ni secara umum sahaja,sebagai saksi untuk saya berubah,jadi saya paparkan untuk semua..hehehe